Monka Magic Vinyl adalah record store dari Jakarta,Indonesia. Membawa masuk rilisan dari segala jenis genre, dan hampir setiap minggu juga record baru di bawa masuk. Aku belum pernah kesana, berita tentang record store ini juga baru aku perolehi minggu lepas. Tapi dari apa yang dilihat digambar, dan senarai rilisan yang dibawa, wajib menjadi tempat pertama untuk dilawati sekiranya ke Indonesia.
Melihat harga-harga record di Monka Magic vinyl, ianya agak sama seperti harga membeli record termasuk kos penghantaran menerusi order terus dari website-website luar. Ini bagi aku, harga yang ditawarkan adalah jauh lebih berpatutan dari harga record di Ampcorp Mall. Ada rilisan yang belum lagi secara rasminya diriliskan oleh label, tetapi Monka Magic sudah dapat kebenaran untuk membawa masuknya. Terpikir juga aku bagaimana deal mereka. Ini bukan kecil-kecil urusan. :)
Keinginan untuk mempunyai record store sebegini, sentiasa di fikiran. Tidak mengapa, aku mulakan dengan blog ini dahulu.
"By the way, those who really love music won’t be able to deny that Vinyl have underlying qualities that no other musical format can beat" - Monka Magic.
Untuk info lebih lanjut, sila ke http://www.facebook.com/monkamagicstore or http://monkamagic.com/index.html
No comments:
Post a Comment